2012-12-28

doa itu senjata

assalamualaikum..
alhamdulillah dari hari ke hari hati aku dah kembali tenang lepas kejadian 3 hari lepas tuh..aku tak berputus asa untuk berdoa..sebab aku taw doa tu senjata utama..aku taw kalo Allah tak makbulkan doa aku mungkin DIA dh atur something yang lebih baik yang aku sendiri tak tau..sedih dalam hati ni tuhan ja taw..aku cuba pujuk hati ni dugaan kecil untuk aku..org lain lagi dasyat..nabi2 dlu lg terok..bila aku ingat kisah nabi ayub dulu aku bersyukur sgt2..bila aku ingat kisah kawan mama yang hilang anak aku terus rsa betapa untunggnya aku..hilang barang boleh beli..tp hilang anak..kt mana nk cari ganti.. :(
ya Allah..aku taw kau takkan bagi sesuatu dugaan dan ujian kalo aku tak mmpu tanggung..aku taw aku kuat dan aku ada kawan2,family dan paling utama tunang aku yang mmg sentiasa ada di sisi walaupun jauh..huu..
aku yakin ya Allah..setiap dugaan musibah ujian dan cabaran yang Kau turunkan untuk aku pasti ada hikmah..dan aku taw Kau akan gantikan sesuatu yang lebih baik untuk aku..aku kena tau..hidup ni pinjaman..barang2 aku pinjaman dari Dia..semua yang aku ada sekarang adalah hak Dia..so Dia berhak amik bila2 masa Dia nk..alhamdulillah..aku berjaya pujuk hati aku cmtu..walaupun pedih tp aku berjaya harunginya..terima kasih ya Allah kerana menyedarkan aku yang hidup ini hanyalah sementara..semua yang ada hanyalah sementara.. :'(

2012-11-23

countdown the day

hye assalamualaikum belog..
masok hari ni tinggal lg duapuluhsembilan hari ja lagi..weee
neves tak neves tak..haha..
sebenarnya tak neves pon..cuma excited sangatsangat..yeaaahhhh
tapi neves tu tetap ada..yela..dah masok chapter baru dalam hidup..dah nak melangkah ke alam dewasa dah pon..huu..
setakat ni suma dah prepare..tinggal 30% ja lagi yang nak kena prepare menjelang hujunghujung kan..
mental macam dah ready..macaaammmm je..tapi fizikal ni..subhanaAllah..makin mok2..macam mana nak nampak kur kur ni di hari bahagiaa ni...haha..
tapi takpala..apa yang penting semoga semuanya berjalan dengan lancar..aaminn.. :)
btw, alhamdulillah..perang kt palestin dah berakhir..gencatan senjata..Allah dah makbulkan doa-doa kita..hebatnya kuasa doa..tu lah senjata kita..semoga dunia sentiasa aman lepas ni..sedih bila tengok video-video kt gaza..tak sampai hati nak tengok sampai habis..tengok skerat pon dah meleleh..kalo full gamaknya mesti dah banjir..huu.. :'(



2012-10-05

tadak tajuk


bismillahhirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua..puhhh..puhhh..tiup2 sket sawang kat blog ni..dah lama rasa tak jenguk dan tak update..kemalasan berblogging tiba-tiba melanda..tapi malam ni jadi rajin tataw pasepa..banyak benda nak berkongsi tapi tataw nak mula dari celah mana.huu.. btw, sekarang suma dah setel..tinggal nak final exam, kissm dan interview..alhamdulilah akhirnya aku dapat jugak habiskan suma perkara-perkara yang penting..paling penting thesis aku dah boleh jilid..yeaaayyyy..syukurr ya Allah..tima kaseh jugak kt kawan-kawan yang banyak bantu membantu tolong menolong..hehe..
sekarang ni musim haji, so kalo buka astro oasis banyak la kisah-kisah perjalanan haji..bila aku tengok suma ni seriously aku rindu saat-saat aku kt sana..bila dok sana tak payah nak pikiaq apa2..yang aku taw aku rasa dekat sangat dengan DIA..ya Allah kalo boleh aku nak lagi rasa perasaan camtu..perasaan bebas tenang gembira dari masalah dunia.perasaan hati yang tak payah pikir apa2..perasaan bahagia bila rasa dekat denganMu ya Allah.. :')


rindunya kt tempat ni..seriously.. :')

semoga esok aku akan kembali semula di sini..aaminn.. :')

ok..2nd chapter pulak..sekarang aku busy prepare hari-hari untuk menjadi seorang dewasa..ngeh3..aku selalu tertanya-tanya dalam hati betoi ka keputusan yang aku buat ni..tapi sampai sekarang aku macam tak dapat jawapan lagi dan aku akan berusaha untuk terus mencari jawapan sampai aku jumpa..ya Allah, kau permudahkanlah segalanya..aaminn.. :)

3rd chapter..tinggal lagi berapa minggu ja lagi aku akan menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang student..lepas ni aku akan melangkah ke 1 chapter baru dalam hidup..takot la jugak sket2 tapi tak sabar nak melangkah dari satu step ke satu step..aku baru perasaan, rupanya aku dah besaqqqqq..aku dah melangkah ke alam dewasa dan bakal melangkah ke alam pekerjaan..cepatnya masa berlaluuuu..huu

kalo diikutkan banyak lagi aku nak merapu..tapi aku rasa macam dah borink pulak..haha..sampai kt sini jelah..nanti rajin aku sambung len nah..pasni aku try rajin2 kan diri mengupdet benda ni..walaupun aku taw tadak readers sangat tapi takpa.aku rasa puass bila dapat luah kat diary alam maya aku ni..huhu..btw, kepada silent readers..doakan aku sentiasa murah rezeki, berjaya dalam hidup dan bertemu jodoh dengan orang-orang yang beriman..aaminn.. :)



2012-07-04

bersyukur

hye assalamualaikum..

lama gila tak bermanja-manja dengan blog ini
alhamdulillah hidup sekarang dah lebih bermakna..
terima kasih ya Allah.. :)
bersyukur sangat bila hidup dikelilingi orang-orang yang menyayangi kita
bila lama tak menaip sampai dah tataw dah nak susun ayat macam mana..haha..
alhamdulillah aku sudah dijemput menjadi tetamu Allah pada usia yang muda ni..muda ka?haha
bersyukur sangat bila dapat tengok Kaabah secara live..sebelum ni dok tengok kat tv ja xpon kat sejadah je tapi tanggal 30.6 tuh dapat jugak aku tengok depan2..
sekarang ni rasa rindu pulak nak semayang kt masjidil haram..serius rindu sangat saat2 dok kat mekah ngan madinah.. :')
insyaAllah aku harap one day nanti aku boleh jejak lagi kaki aku kat sana..amin.. :)


2012-05-26

a friend who cares

Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.


When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.


Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.

When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.


When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.


You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.


pesanan untuk diri

Hidayah Allah datang bila-bila waktu yang dikehendaki olehNya.
Jangan sia-siakan hidayah yang datang, kerana mungkin setelah ini hati kita tidak dapat menerima pemberian Allah, menjadikan kita 'orang biasa'.

Cukup-cukuplah dengan mainan dunia, cukup-cukuplah dengan kehanyutan.

Iman seseorang tidak akan kekal. Ada turun naiknya. Untuk beristiqamah melakukan kebaikan itu banyak ranjaunya. Berubah kearah kebaikan lebih susah daripada berubah kearah keburukan. Tentu sahaja syaitan, musuh utama manusia sejak dari Nabi Adam tidak akan senang melihat 'hijrah' seseorang. Tingkatkan iman, kuatkan hati. Bukankah Allah telah janjikan tempat yang sebaiknya untuk umat Nabi Muhammad SAW yang bertaqwa?

Apalah gah sangat Islam pada nama, sedangkan apa yang kita lakukan itu tidak selaras dengan gah nya Islam? Tidak menjaga adab pertuturan, tidak menjaga aurat, tidak memelihara waktu solat. Itu hanya sebahagian. Kalau di hitung dari bangkitnya kita dari tidur, hingga tidur semula di malam hari, banyak kemungkaran yang secara kasar dipandang elok, tapi secara agama sudah terkeluar landasan.
Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Ada belajar sewaktu sekolah menengah. Waktu sekolah menengah tidak dititikberatkan lagi, mungkin sebab fikiran belum matang. Tapi seiring perjalanan usia, semakin matang kita, berubahlah.

Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum ajal menemui kita, sebelum hari kiamat datang menjemput, fikir-fikirkanlah. Jangan risau dengan orang sekeliling yang mungkin akan berpandangan serong kepada kita, kerana janji syurga itu datangnya dari Allah, bukannya masyarakat sekeliling.

2012-01-01

hi
assalamualaikum..
selamat tahun baru :)
welcome 2012
gudbye 2011

semoga apa yg kita sembang2,mesej2 tu jd kenyataan..
i miss u.. :)