2011-12-25

monolog dalaman #3

Aku redha untukmu yang aku cinta
Demi kebahagiaan kita
Mungkin kan kekhilafanku
Aku redha cinta ini terbiasa
Ujian telah huru-hara
Mencari kelemahanku


Aku redha andai kau jauhkan diri
Membawa hati dan mimpi
Membiasa hidup sendiri
Aku redha walaupun dada berburai
Jiwa tak bisa menghurai
Betapa cinta padamu

sorry

Sorry …
I didn’t mean to make you cry
Lonely, I feel so lonely
But I need to say goodbye

So many times I tried, I tried to tell you why
Why I didn’t love you when I choose to lie
Somebody else is there
Is watching you, watching you
Running from your love, your love

If I have to live my life without you
I will tell you the truth
`Cause you maybe try to leave your life behind you
And somebody else will come around you one day
You will go on but she will beg you to stay
Do you believe in me?
Please do!

Bye now …

I want to find my happiness
Somehow I want to tell you
That I tried to do my best

2011-12-22

syukur alhamdulillah..
result aku terasa macam gempak sket..
yeeaaaaahhhhhhhhhhhhhh...
sronok teterokkk
terima kaseh ya Allah.. :)


p/s : congrets juga utk adik hang sbb dpt 8A dlm PMR..



2011-12-21

monolog dalaman #2

malam milik aku semalam
sungguh kejam
sungguh zalim


malam milik kamu semalam
sungguh sedih
sungguh luka
ya.aku tahu
terbayang hirisan luka pada hati milik kamu itu yang pisaunya adalah aku
diasah aku dengan begitu tajam
lalu dengan kejam terus menghiris



aku kasar
sekali lagi aku kasari hati milik kamu
yang cukup ikhlas mencintai aku



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrggghhh!
aku keliru
keliru dengan perasaan
kenapa perlu Kau tempatkan aku di sini Tuhan
di situasi ini



aku tak kuat untuk keluar
tak gagah untuk tidak menghiraukan
tak juga kental untuk tidak jatuh tidak mencair pada keikhlasan ketulusan kasih sayang anda
anda dan spesis seperti anda
bangsa setia
bangsa jujur
bangsa yang cinta itu adalah keagungan yang perlu dihargai tanpa dipalitkan walau sedikit pun dengan pengkhianatan
itu hakikat yang perlu akur
dan tak perlu akan keraguan



sudah aku berpesan dahulu
pergi jauh dahulu ya?
jangan terus di sini
terus mencintai



aku dan hati masih dijajah virus kegagalan
yang kadang-kadang hilangkan segala rasa
kosong
kering
kemarau dan kontang!
hilang penghuni



virus itu semakin aktif
menguasai molekul-molekul kasih sayang yang diterap kemas sebelum ini
jadinya aku kejam
sekasar hari semalam
yang aku tahu
malam cukup melukakan bagi kamu



maaf
aku pohon
tolong pergi jauh dari aku



mencintai aku itu akan cukup menyeksakan kamu
itu aku pasti
walaupun senyuman paling manis kau
hati ini juga yang mampu bantu untuk ia terus mengukir
maaf
sekali lagi maaf

alkisah 2011

hi..2011 bakal berakhir..macammacam benda yang berjaya aku tempuhi hadapi harungi..tak semua MANIS dan tak semua PAHIT..kat sini aku cuma nak tempek gambar banyakbanyak yang kebanyakkan suma bendabenda FIRST TIME aku wat dan jugak kenangankenangan MANIS yang aku dah nikmati kecapi rasai..ALHAMDULILLAH..terima kasih YA ALLAH..sesungguhnya aku sangatsangat besyukur walaupun tak semuanya MANIS tapi aku tetap diberi peluang untuk merasa kemanisan hidup itu..

JANUARY

1st time pegi hadyai..sebelum ni dannok je.. :P




FEBUARY

saya kehilangan tempat bicaraaa..takmo upload gambaq sabit syahdu..huk3..
aku rindu kt hg weyy..sory.. MUNGKIN hati aku terlalu kecik.. :(((


MARCH

lokasi : KL/SELANGOR

1st time p ICT..keh3..ktinggalan kn..n 1st time jugak p ngan kawankawan  maktab..3orang jaa..gigih dak kami..hee
lokasi : ICT SHAH ALAM

1st time nek benda ni sabit dulu kecik2 takpenah men bila dh besaq sy TERINGIN  :P
lokasi : TIMES SQUARE

sahabat saya yang paling saya sayangg kt dunia setelah sekian lama tak bertemu akhirnyaaa..
18032011


APRIL
semeling merbok..1st time pakai macam geligeli alaala gegirl dpn kawankawan maktab..:P


MAY

air panas ulu lenggong baling..

JUN

lokasi : bukan Malaysia :P

snow fall..1st time tgok snow pegang snow men snow..wuuu..














1st time kenai depaaa..wuuu..depa sangatlah besttt..

JULAI
1st time panjat pokokkk..wuuu,bes jugak rupanya..
lokasi : sg.tiang :)


OGOS

actually ni benda PAHIT tapi jd paling maniss bila hari tu adalah hari TERAKHIR kt skolah yg penuh dengan mulut2 longkang..so ia jadi kenangan paling MANIS mungkin bila azab hati dh TIADA.. :p

OCTOBER

lokasi : sekitar IPOH

wish u were here..demn..i miss both of u mybespren 4ever n ever.

kellie castle yg MUNGKIN agak best utk wedding photoshoot..rendu kt ampa wehh..


menara condong yang mmg agak condong sedikit :p
lokasi : TELUK INTAN

1st time masok lost world dan MUNGKIN jugak last time.. :P

NOVEMBER

bila impian terlaksana..ia sgtlah MANESSS..
05112011
dengan adanya spoiler mari kita terbang ke bulan.. :P


DISEMBER


OMBAK RINDU utk kali ke-3 dgn ahli keluarga bahagiaaa
lokasi : JITRA KEDAH
MUNGKIN akan jd satu femily one day..insyaALLAH
makan besaqbesaq habes beratusratus ringgit tp berbaloibaloi sampaikan perut berbuncitbuncit pipi bulatbulat macam bolabola api..
lokasi : JERAM , SELANGOR

hoiihoiii..apa ni gambar kaburkabur ja nk jugak tempek..hehe
lokasi : PANTAI MORIB..SELANGOR

pesta penanggg dgn kawankawan maktab..
terima kaseh pilot :megu
co-pilot : aidil
penumpang : nad,yon,cda
orang kaya : shah bersama keluarganya

last but not least beby aku dh nk masok setahun..ala-ala tomeynya anak mama mcm BOBOI.. nti  besaq jgn lupa kt mama nah..penat taw mama bela beby dr lahir ;p


actually,banyak ja bendabenda yang jadi kat aku..banyak jugak gambargambar yang menyimpan seribu satu juta kenangan..tapi semua tuh biarlah aku simpan sorang..huuu..yang pahitpahit pon banyaaakkk jugak..tapi aku malas nak ingat nak peringat nak coret nak tulih nak cerita...sebab..sebab.. sebab nanti sesakk otakkk..so mari kita buang yang keruh amik yang jernih..sempena 2012 yang bakal tiba nanti..aku cuma nk cepatcepat habeskan study aku yang masih berbaki setahun..365 hari lg..wuwuwuwu...

alhamdulillah

That feeling, when you see people around you, that WAS you before.
That feeling, when you observe and hear what people are up to, that WAS you before.
But,
That feeling, makes you want to say. 
Alhamdulillah. 
YOU show me the way, and I am tracking my right path.


2011-12-18

monolog dalaman

Susah untuk berubah ke arah kebaikan, senang untuk berubah ke arah keburukan.
Iman turun naik, untuk istiqamah memerlukan pengorbanan.
Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kenapa kita boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan good grades,
tapi kita berat sangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk 'the life hereafter'?
Sedangkan itu lah kehidupan yang kekal abadi.

*monolog dalaman*

Bisikan syaitan untuk terus mengamalkan kehidupan jahiliah tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus mendedahkan aurat tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus melengahkan solat tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus mengata yang tidak-tidak tu masih ada.

Syaitan memang menjalankan tugasnya menyesatkan manusia tanpa henti. Tanpa lelah. Kau give up, boleh x?
'Never Say Never' kata syaitan. - -"
Memang tu la sumpah dia dari zaman Nabi Adam A.S

Kita?
Apa pula tugas kita?
Sebagai khalifah dibumi Allah, tugas kita sangatlah banyak.
Pertama, bersyukur.

Bersyukur atas nafas kita hingga ke hari ini,
Bersyukur atas lahirnya kita dalam agama ini,
Bersyukur kita masih mempunyai bumbung, berlantaikan cement,
Bersyukur kita masih dapat menikmati makanan yang lazat, (nasi briyani, froyo, ferrero rocher etc etc) ;p
Bersyukur dengan ability to do works,
Bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah bagi.
Bersyukur lah wahai manusia.
Dan kalau kita bersyukur, kita buat apa murid-murid sekalian?

Kita panjatkan doa dan berterima kasih kepadaNya.
Cuba bayangkan, kalau malas bayangkan, buat practical pun boleh.

Jangan makan untuk dua hari. Dua hari sahaja. Tak banyak pun.
Hari ni dan esok.
Sure dan dijamin dan confirm!
Twitter: "Dua hari dah ni tak makan! Helpppp!"
Facebook: "Lapar gila baby! Nak melantak sampai lebam lepas ni"

Baru dua hari. Baaarruuuu dua hari.
Cuba bayangkan nasib-nasib mereka yang tidak bernasib baik.
Bukan setakat dua hari, berhari-hari-hari tak makan.
Tapi dorang tidak bernasib baik untuk post status Fb/Twitter macam tu.
Sebab line telefon/internet pun tiada. :(

Saya menasihati diri saya sendiri untuk kurangkan mengeluh, sebab ingat lah. Ada lagi yang tidak bernasib baik. Kita sangat-sangat beruntung ya tuan-puan sekalian.

Dan bersyukurlah,
Jika sifat bersyukur masih ada dalam diri kita.

perkongsian


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.


beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.


Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.


"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. 


Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”


Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar.
 Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...