2011-09-08

bersabarlah


Tekanan sekarang dengan semua benda yang sememangnya sangat mengganggu aturan seharian aku. Tapi aku cuba tak mengeluh sebab aku tau semua ini Allah turunkan kat aku sebab aku layak dan mampu untuk menanggung.
Kadang2 letih nak tahan perasaan tanpa membuka mulut bercerita.Terasa membengkak dalam dada ini   tunggu masa ja nak meletup tapi apakan daya, aku masih ada Tuhan yang Maha Mendengar. Aku tahu, akan ada pahala selagi mulut aku tak mengeluh dengan ujian yang Dia berikan.
Hanya aku dan Allah sebenarnya yang tahu apa yang aku rasa dan alami. Kawan-kawan mungkin ada yang tahu tetapi berapa kerat sangat daripada berkeping-keping papan perasaan yang aku tanggung. Tak cukup pon papan-papan tu untuk bina sebuah arca pengertian! aku tau meskipun penyelesaiannya masih kabur, namun pasti ada! ada n ada..aku yakin.
Mungkin ada ketikanya aku terbabas dalam memaniskan riak. Ampunkan diriku yang lemah wahai Tuhan yang Maha Menguasai Alam. Aku bukan seorang yang gagah perkasa perasaannya namun aku pun tadaklah mudah dikecewakan.
Semoga Allah membalas kesabaran ini dengan ganjaran yang sewajarnya.

''Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta bantuan daripada banduan yang juga terpenjara.''
-arghhh..kena betoi2 kt batang hidung..harapkan pagar..pagar makan padi..huh..-
''Sabar ialah perbuatan meninggalkan segala keluh kesah tentang pedihnya cubaan dan musibah yang menimpa kepada selain Allah."


''Sabar adalah perbuatan menelan kepahitan tanpa bermasam muka."


jom baca 1 artikel ni..khas untuk orang2 yang minda gred E.. :)




ya ALLAH..bukakkan lah pintu hati orang yang suka fitnah ni kembali ke jalan yang benar..

1 comment:

  1. nape nie...cer gtau aku...masalh pa?sabar la ujian Allah

    ReplyDelete